19 February 2010
22 January 2010
Sila Jawab...
Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?
Ha.Ha.Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air
terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!
Banyak- banyak binatang...binatang apa keluar haid...
jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu...keluar HEAD....tak paham jugak.ala kepala le..
Dlm bnyk2 binatang..... bntg ape yg bertelur dan beranak.....kira 2 alam la
niiii..... ha jwp2.... ...siput babilaaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak....
Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?
Jawapannya ialah Sungai Besi...Ha...ha...ha...
Kereta dengan motor, mana lebih tua?
jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat...
Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.
Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin...
huruf TA dan YA laa... kan jadi TAYAR tu
kasut apa yang paling keras?
Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa...muhahaha..lawak ka?
Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?
jawapannya ialah meter bas tulah
benda apa kalau naik tak turun dah?
jwpn dia umur la.ish...ish...
KENAPA TAYAR BELAKANG KENDERAAN SELALU BOTAK DAHULU DARIPADA TAYAR HADAPAN?
SEBABNYA IALAH DIA SELALU MEMIKIRKAN KENAPA DIA TIDAK DAPAT MEMECUT
TAYAR HADAPAN
cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina?
jawapannye betina ler..pasal dia pakai pad.hehe
Dalam banyak banyak lembu,lembu apa yang semua petani cari
lembu yang hilang lah . kalau tak hilang siapa lah ada masa nak kisah pasal lembu.
Hidupan apa didalam laut paling tua.
jawapannya udang sebab dia sudah bongkok dan berjanggut..ha--ha--ha--ha--
Cube teka ye benda apa apabila kita berdiri dia baring, bila kita baring dia berdiri.......?
jawapannye tapak kaki la......
Banyak2 ikan, ikan apa yang pemalu...
jawapan nyer :ikan sardin.sebab nyer dier duduk dlm tin..
APAKAH BENDA YANG KITA POTONG IA TETAP AKAN PANJANG?
HA JAWAPANYA MESTILAH KACANG PANJANG KAN. TAKKANLAH DAH POTONG KITA KENA PANGGIL KACANG PENDEK TAK SESUAI TAU. hehe..
Posted by Famili Daud at 5:48 PM 0 comments
ORG TUA DAN mAT PUNK
Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut…
Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut…
Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. “Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?”
Setelah menarik nafas panjang… orang tua itu menjawab.. “Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..
dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru… jangan-jangan kamu adalah anakku.”
Posted by Famili Daud at 5:19 PM 0 comments
3 KAWAN BAIK
Pada suatu hari,adalah tiga kawan yang karib.nama mereka ialah Gaduh,Otak dan Gila.Tiba-tiba Gaduh telah hilang,lalu Otak dan Gila pun laporkan kepada polis yang bertugas.
Gila:polis, saya nak cari Gaduh
Polis:awak ni Gilakah?
Gila:ya
Polis:mana Otak awak?
Gila:Otak saya diluar.
Posted by Famili Daud at 5:14 PM 0 comments
Pantun Nasihat
Tanam balik buah peria,
Buah peria mahal sekali;
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.
Ketua-ketua raja duduk,
Jangan ditimpa papan;
Diketahui ganja itu mabuk,
Apakah sebab maka dimakan?
Meninjau berpadi masak,
Batang kapas bertimbal jalan;
Hati risau dibawa gelak,
Bagai panas mengandung hujan.
Pulau di balik Puali Gosong,
Pandang di Jawa diranggungkan;
Jangan kata terdorong-dorong,
Badan dan nyawa menanggungkan.
Cik Embung orang Melaka,
Tanam peria tepi pantai;
Jangan sombong tuan berkata,
Adakah buaya menolak bangkai?
Hangus bertih berwarna merah,
Mari dituang ke dalam kain;
Suami yang letih usah dimarah,
Kelak terbang ke bunga lain.
Anak Cina membawa surat,
Dari Perak langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak dijual beli.
Pisang kelat digonggong helang,
Jatuh ke lubuk Inderagiri;
Jikalau berdagang di rantau orang,
Baik-baik membawa diri.
Petikan pantun : Puisi Melayu Tradisi, Mohd Yusof Md. Nor dan dr Abdul Rahman Kaeh. Fajar Bakti 1985.
Posted by Famili Daud at 5:03 PM 0 comments
Posted by Famili Daud at 4:56 PM 0 comments
12 December 2009
BLOG FAMILI DAUD
BLOG STILL UNDER CONSTRUCTIONS
Asmkum...
Untuk ke blog utama 1Famili dan blog famili2 yang lain sila 'klik' disebelah kanan dibawah senarai PAUTAN.
Terima kasih.
Salam hormat.
Posted by Famili Daud at 8:20 PM 0 comments